Mon, 20 May 2024

HEADLINES :


Rasuah polis: Pemandu lori dipenjara, denda
Published on: Wednesday, May 08, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Rasuah polis: Pemandu lori dipenjara, denda
Dia melakukan kesalahan itu pada 23 Apr, 2023 jam 9.30 malam di Jalan Tun Fuad Stephen berhampiran bangunan Sabah Maju Jaya.
Kota Kinabalu: Seorang pemandu lori berusia 21 tahun dipenjara dua hari dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan kerana menawarkan rasuah RM150 kepada seorang polis trafik.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Asraffi, yang mengaku bersalah atas pertuduhan dikenakan ke atasnya.

Mohammad menawarkan rasuah itu kepada ASP Daniel Dominic yang bertugas dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kota Kinabalu.

Suapan itu adalah dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Mohamad kerana memandu tanpa lesen memandu dan juga agar melepaskan teman wanitanya yang tidak mempunyai dokumen.

cKesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) Akta sama itu

memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mohamad yang tidak diwakili, merayu hukuman ringan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan atas alasan menyogok penjawat kerajaan adalah satu kesalahan serius.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here